Assalamualaikum & Selamat petang....
Okay, hari ini saya nak kongsi langkah mudah untuk mendapatkan kulit yang bebas daripada jerawat. Untuk mendapatkan kulit lebih licin, cantik dan sihat. Dua langkah mudah yang boleh kita buat adalah melalui penjagaan:
- PENJAGAAN DALAMAN
- PENJAGAAN LUARAN
Macam mana nak jaga dalaman dan jugak luaran? Saya nak share apa yang saya lakukan untuk penjagaan dalaman dan luaran.
Dulu kulit muka saya sangat teruk. Muka berjerawat dan parut disetiap genap kawasan muka. Selalu pergi facial. Kulit muka saya sangat sensitif. Ini kerana dulu saya selalu tukar produk skin care. Tetapi, masa buat facial dulu pernah disarankan untuk menjaga pemakanan. Jadi, penjagaan dalaman juga adalah penting.
Jom lihat, apa PUNCA UTAMA menyebabkan JERAWAT.
- Hormon - Bila hormon tidak stabil, jerawat mudah tumbuh.
- Bakteria - Disebabkan oleh persekitaran kita. Sebab itulah kita kena menjaga kebersihan pada wajah ataupun badan kita.
- Pemakanan - Makanan berminyak boleh menyebabkan kulit kita mudah berminyak, dan pemakanan yang tidak sihat juga memberikan kesan buruk pada kulit. Kawal pemakanan anda.
- Stress - Stress juga salah satu asbab terjadinya jerawat. Kebiasaannya pada bahagian dahi.
- Alat solek - Bukanlah memberikan kesan yang teruk tetapi jika kita tidak mencuci kesan alat solek di bahagian kulit kita menyebabkan liang roma tersumbat. Oleh sebab itulah jerawat akan muncul.
- Matahari - Pendedahan yang lama bawah matahari boleh menyebabkan kulit berminyak. Malah boleh menyebabkan maslah pigmentasi.
- Pakaian - Pemilihan fabrik pakaian juga amat penting (iaitu yang sesuai dengan kulit) untuk mendapatkan keselesaan. Peluh yang banyak boleh menyebabkan jerawat.
=========================================================================
1) PENJAGAAN DALAMAN
Penjagaan dalaman adalah dengan melalui pemakan yang betul dan seimbang. Bagaimana nak dapatkan pemakanan yang seimbang dan betul? Anda boleh jadualkan pemakanan anda, kurangkan makanan berminyak.
Apa yang saya lakukan adalah dengan mengambil supplement (makanan tambahan). Supplement apa yang saya ambil? Sudah tentulah Shaklee. Apa yang saya ambil? Okay, ini Set cadangan untuk jerawat.
=====
ESP
=====
Merupakan sumber protein, dihasilkan daripada kacang soya NON-GMO (tidak diubah secara ginetik). Sangat bagus kerana membantu dalam penghasilan sel-sel yang baru. ESP juga mampu mengatasi alergik.
Saya ambil satu bulan ESP dah nampak perubahan yang ketara. Parut semakin pudar dan jerawat semakin berkurangan.
========================
Vita C Plus Sustained Release
========================
Vit C Shaklee ni sangat berbeza dengan vitamin C lain yang ada dipasaran kerana pelepasannya adalah berperingkat.
1 Biji Vita C bersamaan dengan 7.5 biji oren. Mampu nak telan 7 biji oren sekaligus? Ambil Vita C kan senang. :)
Vita C juga membantu dalam pembentukan kolagen dalam badan. Semua tahukan kepentingan kolagen untuk kulit lebih cantik dan menawan.
Vita C juga mampu mencerahkan kulit.
======
Vita E
======
Vita E bagus untuk peredaran darah. Bagi kecantikan kulit pula, Vita E sangat bagus untuk mengurangkan dan memudarkan parut.
Pengambilan Vita E juga mampu mengatasi sinaran uv (mengurangkan pigmentasi).
============
GLA Complex
============
Salah satu punca jerawat adalah masalah hormon. Bagi mereka yang mempunyai masalah hormon yang tidak stabil dan kitaran haid tak menentu sangat-sangat disarankan ambil GLA ni.
GLA mampu menstabilkan kitaran haid.
Apabila hormon stabil, kulit juga semakin sihat dan jerawat dah segan nak muncul. :)
=========
B Complex
=========
B Complex dapat membantu dalam menangani stress. Pengambilan B Complex juga dapat melembapkan kulit.
=========================================================================
p/s : Setiap kebaikan bagi produk tersebut bukan setakat itu sahaja malah lebih lagi. Penerangan diberikan hanya untuk kecantikan. Banyak lagi kebaikan bagi setiap produk yang mana akan dikupas untuk entry yang lain.
2) PENJAGAAN LUARAN
Penjagaan luaran juga adalah amat penting. Bagaimana penjagaan lauaran? Penjagaan luaran adalah dengan pemilihan skin care yang betul.
Jangan tak tahu, Shaklee juga mempunyai produk skin care. Untuk jerawat disyorkan untuk mengambil ENFUSELLE. Enfuselle ada dalam dua kategori
(i) NORMAL TO DRY
- Hydrating Cleansing Lotion
- Hydrating Toner
- Hydrating Moisturizer
- Eye Treatment
(ii) NORMAL TO OILY
- Purifying Cleansing Toner
- Purifying Toner
- Balancing Moisturizer
- Eye Treatment
Bagi yang mempunyai masalah jerawat yang biasa atau kulit normal, boleh ambil NUTRIWHITE.
Jadi, pilihlah scin care yang terbaik. Dan yang penting bebas kimia dan 100% natural produk.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya terus.