Tuesday, November 13, 2012

Kecewa kerana cinta


Anda kecewa kerana bercinta? Baca ni :)

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat dan diriku yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..~ALLAH knows BESt!~♥..

#copy from Kisah Wanita FB#


p/s : Apa yang terjadi, kekecewaan, kesedihan, kelukaan. Semuanya ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bila tiba masanya, kita akan tahu juga hikmah disebalik segala yang berlaku. Redha dan ikhlas itu penting. Dan senyum SOKMO!!!



Saturday, October 20, 2012

Trip Pulau Perhentian II

Setelah sekian lama... Baru nak update & continue pasal trip kami ke Pulau Perhentian bulan Julai yang lalu. Banyak perkara yang berlaku dan perlu diselesaikan, so terpaksa ignore update blog untuk seketika. Okay sambung balik cerita di Pulau Perhentian.

Day 2

Snorkelling start pukul 10.30pagi. Dah janji ngan Mizi (Boatman) dia akan pick up kami then hantar kami ke Suhaila Chalet. Kami decide second night nak stay kat sana. So, kemas-kemas barang dan breakfast. Terpaksa Mizi jemput kami dekat bilik kerana kelewatan. Muahaha (jumpa plak dia kan cari bilik kami). Untuk Second day ni kami tak rent underwater camera. Camera sendiri pun tak bawa. So, tak ada lah gambar untuk snorkelling. Lepas hantar barang and check-in kat Suhaila Chalet, kami terus pergi snorkelling. Last sekali Mizi bawa pergi Light House. Snorkelling kat sana katanya. Sampai sana seriously rasa scary sebab tak ada orang lain kecuali kami berempat (termasuk Mizi) kat tengah-tengah laut tu. Mizi punya lah bagitau yang coral kat sana cantik-cantik dan banyak Nemo. Tapi kami semua decide nak pergi long beach. Nak climbing pergi Kincir Angin. Baik kan Mizi (Ain panggil dia 'Cikgu') lembut hati nak bawa kami semua ke sana. Tapi balik bilik dulu. Solat Zohor.

Sampai kat Long Beach bermulalah satu adventure (ayat xbleh blah)... Hehehe... Mizi kata masa naik tu bilang tiang elektrik ada 25.

Perjalanan ke kincir angin
Tak sampai separuh jalan saya dah semput. Tak cukup stamina. Tu la, duk kat UMT ni asyik terperuk buat research. Tak exercise langsung inilah jadinya. Sempatlah snap pics semasa semput tu kan. Lawak pulak bila tengok balik pics tu semua. Siap boleh buat dialog. Tak caya???? Tengok ni.........----->

Antara dialog nya... ^__^
Okay, bila dah sampai kat atas tu..wahhhhhhhh... Amazing... Terlalu cantik ciptaan Allah SWT. Kagum, tergamam, terpesona semua ada.

View
Lama jugak la kami lepak-lepak atas tu sempatlah snap pics. Sempat la lending kat wakaf kat atas tu. Berbaloi betol boleh naik atas ni... ^___^

Kincir Angin

Lepas beberapa jam duk kat atas tu kami pun turun. Laju je saya turun. Muahaha... Then balik bilik Solat Asar dan semua tertidur sebab terlalu penat. Lepas Mahgrib baru kami keluar untuk dinner. Tanya adik-adik kat Suhaila Chalet tu kat mana makanan yang murah. Adik tu recommend makan kat Abdul Chalet. So kami pun ke sana tanpa banyak cakap sebab perut dah berlagu riang kelaparan. Hehehe. Sampai sana, pilih tempat yang best and order makanan. And surprising Mizi ada kat sana jugak. Rupanya dia kerja kat sana jugak. Makan-makan and sambil-sambil lepak. Ain order Nasi Goreng Lakna, Pqah order Nasi Goreng Nenas dan saya order Nasi Goreng Pataya. Makana tak ada la mahal sangat. Untuk nasi Goreng RM10 je. Berbaloi sebab bayak sangat. Sempat snap pics makanan, tapi makanan saya tak sempat nak snap sebab saya terlalu lapar then lupa nak snap. Sampai je makanan terus saya ngaaaappppp... Hehehe.

Siap makan kami lepak-lepak ngan adik-adik kat Suhaila Chalet dan Mizi pun join sama. Lepak sampai kul 11 malam. Then, masuk tidur sebab esoknya dah nak balik.

Day 3

Bangun awal pagi konon nak tengok sunrise. Tapi tengok-tengok matahari dah terpacak naik. hehee. Kami naik bot pukul 12.30 tengah hari. Sempat lagi pergi breakfast kat Abdul Chalet. Punyalah lama tunggu baru lah siap makanan kami. Tapi berbaloi sebab makanan sedap sangat.

Breakfast@Abdul Chalet
Lepas tu balik bilik kemas-kemas. Then, tunggu bot nak balik ke darat. This is my second time saya pergi Pulau. Before ni pergi Pulau Bidong. Tu pun sebab diwajibkan untuk semua students baru UMT. Tapi Pulau Perhentian ni best sangat-sangat. Boleh dijadikan tempat release tension. Like a LOTS. Will be here again. INSYAALLAH. 

p/s : Will be there next year. InsyaAllah.





 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria