Monday, April 8, 2013

Ingin bercuti

Assalamualaikum

 Selamat Petang...

Datang dengan semangat nak siapkan saki-baki isi untuk paper. Taip punya taip, Equation editor buat hal pula. Seronok ya kamu buat hal masa-masa macam ni. Saja je nak buat mood melayang. Tapi tak apa, buat dulu ayat-ayat yang tak memerlukan equation editor. Kesimpulannya esok kena bawa lappy datang kampus. But honestly, buat kerja guna PC lagi feel sebab skrin PC punyalah besor kanggggg. hihihi. 

Lama tak menjenguk blog ni. Al-maklumlah, terasa sibuk sangat-sangat (sibuk la sangaaattkannnn). Akhir bulan lepas dua orang sahabat baik kahwin. Tahniah sahabat, moga dirimu bahagia sampai syurga. aamiin. Sebenarnya nak upload gambar-gambr yang diambil hari diorang kahwin, tapi masih tak sempat nak transfer gambar dari kamera ke lappy lagi. Will do soon.

Gee

Ema
Okay, dah keluar dari tajuk sebenarnya. Bila stuck dan rasa ada sedikit stress. Mulalah fikir nak pergi bercuti. Ya, bercuti bukan dapat menyelesaikan masalah. Tetapi sekurang-kurangnya saya boleh menenagkan fikiran supaya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih rasional. yeee dokkk??? hehe. Macam alasan untuk bercuti jugalah kannnnn. Tapi hakikat, kalau pergi bercuti macam pergi Pulau Perhentian tahun lepas. Memang balik semangat buat kerja. Serioussss!!!!! Tak tipu... :p

*pic by google*
Rindu nak kasi makan ikan-ikan ni semua. Dan rindu nak jumpa nemo. 

Nak pergi Singapore, nak pergi Korea, nak pergi Paris. Macam-macam in list. hehehe
Tapi tempat yang paling dan sangat-sangat nak pergi ----> MAKKAH... InsyaAllah... Pray for me to be there. :)

p/s : Siapkan tesis baru boleh pergi bercuti. \0/



Wednesday, February 27, 2013

Tabiat Baru

Assalamualaikum.....

Bermula minggu lepas... Ecece ayat macam poyo je kan. Hehehe. Nak ceritalah sikitkan, minggu lepas bermulalah tabiat baru kalau tak ada kerja nak buat walaupun sebenarnya bertimbun-timbun kerja yang perlu disiapkan. Tapi bila mood untuk study meruntun dan bermulalah tangan gatai nak meng'click' website jual tudung online. Sebenarnya dulu-dulu pun pernah juga macam ni. Tapi tabiat ni dah lama tinggal. Tapi tiba-tiba pula tabiat ni datang balik.

Minggu lepas sambil-sambil tunggu nak buat facial, sempatlah saya dengan my housemate a.k.a coursemate a.k.a Fateen buka website l'adorn. Sebenarnya dah lama duk berkenan kat scarves l'adorn ni. Tapi buat-buat tak nampak dan buat-buat tak tahu je. Pernahlah la grab one of  l'adorn scarves before. Sibuk duk usha-usha scarves tu, berkenanlah pula kat cotton shawl. At the first, iman masih tebal lagi. Cakap tak mahu. Tapi lastly, grab jugalah 3 helai. 

Bila try pakai, memang selesa sangat-sangat. Paham-paham je lah kan kalau dah kata selesa tu. Tambahan pula design dia memang cantik. Memang hari isnin terpacak depan lappy tunggu l'adorn update stock terbaru. Beli online kan senang. Add to cart, buat payment. Oleh sebab duit tu tak nampak, tak terasa sangatlah duit habiskan. Tapi bila check account bank, OMG!!! Hehehe... Terlebih excited pulak kata duit habis. Padahal beli berapa helai je pun. Tapi yang pasti untuk minggu ni terbeli pulak 2 helai. Hehehe. opssssss... Tapi orang kata alah membeli menang memakai. Comfirm puas hati pakai l'adorn punya scarves. Tak percaya?????? Try la grab satu. Cer pakai cer pakai. Comfirm rasa nak beli lagi. 

L'adorn akan update new stock and new design every monday. So, memang server down lah pada masa itu. Selalunya yang cantik-cantik cepatlah sold out. Aishhhhh, dah macam promoter gayanya. Hehehe.

Waiting for this


Mengantuk sudah..........

K byeeeee....

p/s : Sweet dream. :)

 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria