Friday, April 24, 2015

Yogurt dan Cantik.......

Assalamualaikum.......


Selamat petang.......


Dah berkurun tinggal blog ni sampai bersarang, kesibukan melanda diri. Harap semua sihat dan sentiasa gembira disamping orang yang tersayang. Hari ni hanya nak kongsi kebaikan yogurt.

Biasa kalau dengan yogurt hanya sinonim dengan makan sahaja. Tapi hari ni nak korek kebaikan yogurt ni untuk kecantikan kulit muka. Mesti ramai yang nak kulit sihat dan cantik. Ramai yang nak kulit yang mulus, licin dan gebu. Anda harus mencuba cara ni. Hanya dengan yogurt.

Kenapa yogurt?
Kerana dalam yogurt mengandungi asid laktik dan  asid alpha hydroxy yang membantu meratakan struktur kulit yang kasar, kulit kering dan mencegah penuaan pra-matang seperti garis-garis halus, kedutan dan tompok penuaan. 

Asid laktik juga mampu mengecilkan liang-liang pori dan menjadikan kulit lebih mulus dan halus. Hasilnya kulit kelihatan lebih muda. Yogurt juga mampu untuk mengurangkan jerawat, jerawat cepat kering dan hilang. Meh kita cuba.

Hanya dengan Yogurt.



Ambil plain yogurt dan apply kat muka (hanya satu lapisan)

Untuk kesan yang lebih efektif, boleh cuba yang ni:

1 sudu ESP Shaklee
1 sudu yogurt
1/2 Vit C Sustained Release Shaklee (pecahkan)

Cara penyediaan:
1. Gaulkan semua bahan tersebut.
2. Apply pada muka.
3. Biarkan selama 20-30 minit
4. Cuci menggunakan air bersih.

Kesan:
Kulit semakin licin dan mulus. Jerawat say goodbye. ;)

Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria