Sunday, May 27, 2012

Flow of Master

Master By Course Work:
Masuk kelas macam degree lah jugak. Ada exam, assignment, projek and segala bagailah. Tapi high level learning lah. Biasanya yang buat Master by course work can finish up their study in 1 year by tarik their paper kedepan. So dapatlah habis awal. Itu pun kalau boleh carry on lah. Kalau nak selamat and tak nak membebankan kepala, Boleh buat untuk 1 tahun setengah atau 2 tahun. Bagi students Matematik yang saya tahu. Paling cepat 1 tahun setengah (pengalaman my lecturer). Tapi ada je yang habis dalam 1 Tahun (pengalaman my lecturer jugak). Depend on that person lah... :))

Master By Mixed Mode:
Bagi mixed mode pulak. Dia doing 2 thing. Courses + dissertation(thesis). Kalau tak salah saya, Courses(30%) and Thesis (70%). Mungkin juga depend kepada universiti. Sebelum daftar kat UMT ni. Saya pernah tanya mixed mode kat USM. Bagi students mixed mode dia assume juga sebagai research student kerana more kepada research.

Master By Research:
Like I doing now. Okay, mungkin orang2 kat luar nampak orang yang buat research ni macam relax je. Macam tak banyak keje. Yalah, master by research tak ada kelas. Semua masa di handle sendiri. Full time research. Tapi kami tidak duduk goyang kaki sesaje je. Kami kena cari something (benda baru). Sebenarnya master by research quite tough. Because we have to know how to manage our time. Have wise to manage our time (walaupun kadang2 tu terlagho ^_^ )... As I know, untuk grad as research students kena join conference at least 3 conference. Conference ni kita kena buat paper lah. Paper ni bukan sesenang nak sebut je. Kadang2 tu sampai termimpi-mimpi.. Hehehehe. Tapi as long as ada usaha, insyaAllah semuanya akan jadi mudah. Selain dari join conference, kita kena publish journal. Sekurang-kurangnya 1 journal (lagi byk lagi bagus). Journal ni macam buat paper lah jugak. Then kita cari lah nak publish kat mana (biasanya supervisor akan cadangkan). Biasanya nak publish journal ni mahal lah sikit. Kenalah bekorban duit (tak salahkan untuk kebaikan). Saya tak sure harga yang sebenar (sebab saya tak pernah publish journal lagi), tapi pernah tanya kawan. Ada yang RM1600 and RM2000 pun ada jugak. Depend pada tempat journal yang nak di publish kan tu. Tapi duit jangan risau, ada la tu rezeki yang Allah akan bagi. Chill okay. No PAIN no GAIN. Pastu bila dah siap semua2 pasal thesis, bleh lah start writing thesis. Pasal writing ni, depend pada individu. Ada yang start writing dr awal2 sem lagi. Kalau macam saya, saya tak start writing lagi coz kena dapatkan method dulu and siapkan model. Once dah dapat method tu baru la senang nak writing. Lepas siap writing, hantar draf and tunggu untuk VIVA. VIVA (bukan kereta) ni presentation untuk thesis kita. Ni last for our study. Kira exam besar la. Bila dah habis VIVA, ada la correction sikit2 pasal thesis then bleh la grad.

Flow to apply Master (by research):

Fikir-fikir, Renung-renungkan
- Sebelum apply tu, fikir2 dulu nak buat pasal apa and bidang apa. Kalau macam saya dulu, saya nak buat extend daripada tajuk final project time degree. Disebabkan masa degree dulu saya adalah Financial Mathematics. So saya fikir nak buat Matematik dan kaitkan dengan permasalahan dalam kewangan. Masa mula2 dulu saya guna Intuitionistic Fuzzy Set (IFS). Tapi sekarang dah tukar tajuk kepada Fuzzy Difference Equations but still in the field of Fuzzy Set.

Cari Supervisor
- Bila dah fikir-fikir and renung-renung nak buat apa. Then cari supervisor yang boleh conduct kita dalam bidang yang kita nak buat tu. Dalam kata lain, memang bidang lecturer tu lah. Tapi kalau tak ada idea nak buat pasal apa. Pergi je jumpa mana2 lecturer, then tanya pendapat diorang. Kadang2 lecturer ni ada projek yang diorang nak buat and ada grant. Kalau dapat yang ada grant kira okay lah. Dapat tampung belajar. Tapi biasanya grant ni dia ada expired date dia. Lepas dapat kata sepakat dengan lecturer a.k.a supervisor and tekad nak buat bawah lecturer tu. Then apply lah master. How??? 

Apply Master
- Pilihlah nak masuk Universiti mana. Bila dah pilih nk universiti mana, then bukalah web universiti tu. Kat web setiap universiti akan ada link untuk nak apply master (biasanya by online). Biasanya untuk master by research ni always open. Maknanya bleh apply bila2 masa je. Kalau mixed mode and course work ada due date nya. So sape2 yang nak apply master by course work and mixed mood kenalah always alert. Antara yang kena buat adalah kena cari referee(2orang). biasanya referee 2 lecturer kita lah, yang boleh evaluate kita. Kalau untuk research biasanya kena buat proposal. How???

Proposal
- Biasanya setiap universiti dah tetapkan apa yang patut ada dalam proposal. Yang biasa and yang semestinya ada dalam proposal biasanya PENDAHULUAN, OBJEKTIF KAJIAN (tujuan tesis), SOROTAN KAJIAN (kajian2 lepas yang relate dengan bidang yang kita nak buat), JANGKAAN DAPATAN (apa yang kita jangka dari tesis kita), PENUTUP. Siap buat proposal, tunjuk lah sikit kat supervisor kita. Bila dia kata ok, then send proposal 2 sekali ngan application.


Then, tunggulah tawaran daripada mana2 universiti.

Pengalaman saya sepanjang sambung master by research??? Susah nak explain. Pressure and stress 2 dah jadi mainan. Belajar mana-mana level pun memang tak boleh lari dari stress right??? Tambahan lagi dengan masalah luaran. Tapi I'm quite lucky dapat supervisor yang cukup2 memahami dan jenis yang tak bagi pressure. Tapi kadang2 tu dia just push suh siapkan tesis cepat2. Biasalahkan, untuk kebaikan kita jugak. Mood kadang-kadang ups and down. Tapi yang paling penting memang kena pandai manage time. Kalau tak melagho jelah keje nya. Nak2 kalau dah bukak FB... huhuhu... Tapi jangan salahkan FB... ^__^... Tapi saya rasa best sambung master. Sebab saya belajar nak manage time. Pastu saya belajar benda baru. Saya cari something untuk dijadikan tesis. So kita explore banyak benda. Ingat pesan supervisor masa final project time degree, "kita hidup ngan ilmu, so kita kena cari ilmu sampai bila2".... Satu lagi, kalau buat master by research ni banyak kelebihan. Senang nak apply PhD nanti. And bila PhD, kita dah tahu macam mane nak do research. Kita dah tau macam mana nak start research macam mana coz ada sesetengah students (lepasan course work) bila PhD diorang tak tau nak start research macam mana.

p/s : Harap entry ni membantu... ^___^



 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria