Saturday, June 8, 2013

Candy Crush Saga


It's all about canday crush saga... Siapa yang invite saya at the first. Sekarang tersangatlah addict with this game. Siap niat nak beli note II semata-mata nak main game ni tau. Jangan gelak, ini memang hakikat. So, sekarang saya nak salahkan orang yang invite main game ni. -_-


Baru level 65. Nak kena usaha lebih lagi. Sambil-sambil buat tesis mengadap benda ni. Bagus jugalah benda ni. Menguji otak. We need to do some strategies to pass every level. Yang tak leh blah bila life dah habis, sibuk whatsapp kawan suh bagi life. Mengeratkan silaturrahim jugaklah game ni. hahahaha

Nak cakap tu je lah hari ni. K byeeeeeeee....

p/s : Senyum tak perlu kata apa-apa....  :)

Thursday, May 23, 2013

Perjalanan Ini

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Seorang lagi kawan VIVA Ahad lepas. Melihat orang lain sudah menghampiri kejayaan membuatkan semangat dalam diri berkobar-kobar. Walaupun kadang-kadang rasa down sangat bila 2,3 orang kawan yang sama batch dah hantar draft. Seperti Isnin lepas, seriously down. Lepas solat zohor terus balik rumah sewa dan tidur. Then bila bangun balik barulah rasa refresh. Semangat untuk menyiapkan tesis kembali segar. Alhamdulillah, ada banyak progress walaupun rasa masih jauh. Moga Allah memudahkan perjalanan ini. 


Perjalanan ni mungkin sukar, tapi tak mustahil untuk mencapinya selagi ada daya usaha, doa dan tawakkal kepada Allah. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang paling terbaik untuk kita. Apa-apa pun, moga dapat menghantar tesis sebelum bulan 9. InsyaAllah, moga dipermudahkan. Usaha pun kenalah berlipat kali ganda. Alhamdulillah, 1,2 minggu ni semangat lain macam. Mungkin bila melihat orang lain sudah menyiapkan tesis dan ada yang sudah VIVA walaupun bukan satu batch tapi semngat untuk mengikut jejak mereka amat kuat.

Lagi pula my mom telefon bagi semangat suruh habiskan belajar secepat mungkin. Ingin merasa gaji anak perempuan katanya. InsyaAllah, moga segala urusan tahun ini dipermudahkan. Dalam perbualan tu terselit jugaklah pasal jodoh. My mom kata, my dad tanya bilalah anak perempuan dia yang sorang ni nak kahwin. Tak sabar nak menantu lelaki lah tuuuuu. Hihihihi. Sabar ya Ayah, anakmu ini ingin mencapai segulung Master dulu. Jodoh itu rahsia Allah, sampai sekarang pun bakal imam tak datang. #jalan kaki kut, tu yang lambat sampai# hehehehe. 

Dalam sibuk duk pulun siapkan tesis, otak masih ligat merancang nak pergi bercuti. Dalam perancangan nak pergi Sarawak. Melawat kawan baik di sana, Cik Ma comel sambil jalan-jalan kat sana. Moga tercapailah angan-angan ingin bercuti ni. Angan-angan nak pergi Singapore tak tercapai lagi ni. Hihihi. 

Apa yang paling penting, perancangan untuk siapkan tesis.Perjalanan yang sukar dan pahit untuk ditempuh tetapi manis bila dapat dicapai. Nasihat seorang pensyarah suatu ketika dulu terngiang-ngiang dalam kepala, 'Jika orang lain boleh, kita pun boleh mencapainya'. Dalam diri kita memang memerlukan motivasi. Paling penting self motivation. Saya sendiri selalu bercakap dengan diri sendiri. Positive thinking is very important to be success. 

Apa pun, esok balik kampung. Sangat-sangat tidak sabar untuk balik walaupun baru je dua minggu datang sini. Balik nak refresh otak yang tengah bercelaru. Bercuti sebab nak pergi kenduri kawan-kawan kahwin. Diri sendiri masih menjadi rahsia Allah. :) Alhamdulillah, kisah sedih itu semakin hilang dan semakin dilupakan. Hati makin tenang. Pilihan Allah adalah yang terbaik, InsyaAllah, Aamiin. 

Jangan lupa doakan saya ya kawan-kawan.

k byeeeeeeeeeeeeee....

p/s : Fikir yang baik-baik, InsyaAllah yang datang pun baik-baik.... :)

Monday, April 8, 2013

Ingin bercuti

Assalamualaikum

 Selamat Petang...

Datang dengan semangat nak siapkan saki-baki isi untuk paper. Taip punya taip, Equation editor buat hal pula. Seronok ya kamu buat hal masa-masa macam ni. Saja je nak buat mood melayang. Tapi tak apa, buat dulu ayat-ayat yang tak memerlukan equation editor. Kesimpulannya esok kena bawa lappy datang kampus. But honestly, buat kerja guna PC lagi feel sebab skrin PC punyalah besor kanggggg. hihihi. 

Lama tak menjenguk blog ni. Al-maklumlah, terasa sibuk sangat-sangat (sibuk la sangaaattkannnn). Akhir bulan lepas dua orang sahabat baik kahwin. Tahniah sahabat, moga dirimu bahagia sampai syurga. aamiin. Sebenarnya nak upload gambar-gambr yang diambil hari diorang kahwin, tapi masih tak sempat nak transfer gambar dari kamera ke lappy lagi. Will do soon.

Gee

Ema
Okay, dah keluar dari tajuk sebenarnya. Bila stuck dan rasa ada sedikit stress. Mulalah fikir nak pergi bercuti. Ya, bercuti bukan dapat menyelesaikan masalah. Tetapi sekurang-kurangnya saya boleh menenagkan fikiran supaya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih rasional. yeee dokkk??? hehe. Macam alasan untuk bercuti jugalah kannnnn. Tapi hakikat, kalau pergi bercuti macam pergi Pulau Perhentian tahun lepas. Memang balik semangat buat kerja. Serioussss!!!!! Tak tipu... :p

*pic by google*
Rindu nak kasi makan ikan-ikan ni semua. Dan rindu nak jumpa nemo. 

Nak pergi Singapore, nak pergi Korea, nak pergi Paris. Macam-macam in list. hehehe
Tapi tempat yang paling dan sangat-sangat nak pergi ----> MAKKAH... InsyaAllah... Pray for me to be there. :)

p/s : Siapkan tesis baru boleh pergi bercuti. \0/



Wednesday, February 27, 2013

Tabiat Baru

Assalamualaikum.....

Bermula minggu lepas... Ecece ayat macam poyo je kan. Hehehe. Nak ceritalah sikitkan, minggu lepas bermulalah tabiat baru kalau tak ada kerja nak buat walaupun sebenarnya bertimbun-timbun kerja yang perlu disiapkan. Tapi bila mood untuk study meruntun dan bermulalah tangan gatai nak meng'click' website jual tudung online. Sebenarnya dulu-dulu pun pernah juga macam ni. Tapi tabiat ni dah lama tinggal. Tapi tiba-tiba pula tabiat ni datang balik.

Minggu lepas sambil-sambil tunggu nak buat facial, sempatlah saya dengan my housemate a.k.a coursemate a.k.a Fateen buka website l'adorn. Sebenarnya dah lama duk berkenan kat scarves l'adorn ni. Tapi buat-buat tak nampak dan buat-buat tak tahu je. Pernahlah la grab one of  l'adorn scarves before. Sibuk duk usha-usha scarves tu, berkenanlah pula kat cotton shawl. At the first, iman masih tebal lagi. Cakap tak mahu. Tapi lastly, grab jugalah 3 helai. 

Bila try pakai, memang selesa sangat-sangat. Paham-paham je lah kan kalau dah kata selesa tu. Tambahan pula design dia memang cantik. Memang hari isnin terpacak depan lappy tunggu l'adorn update stock terbaru. Beli online kan senang. Add to cart, buat payment. Oleh sebab duit tu tak nampak, tak terasa sangatlah duit habiskan. Tapi bila check account bank, OMG!!! Hehehe... Terlebih excited pulak kata duit habis. Padahal beli berapa helai je pun. Tapi yang pasti untuk minggu ni terbeli pulak 2 helai. Hehehe. opssssss... Tapi orang kata alah membeli menang memakai. Comfirm puas hati pakai l'adorn punya scarves. Tak percaya?????? Try la grab satu. Cer pakai cer pakai. Comfirm rasa nak beli lagi. 

L'adorn akan update new stock and new design every monday. So, memang server down lah pada masa itu. Selalunya yang cantik-cantik cepatlah sold out. Aishhhhh, dah macam promoter gayanya. Hehehe.

Waiting for this


Mengantuk sudah..........

K byeeeee....

p/s : Sweet dream. :)

Tuesday, January 15, 2013

Tesis

Assalamualaikum....

Pernah tak rasa bila mana kita harus menidakkan perasaan kita. Kita ketawa dan senyum, tapi dalam hati kita menangis. Pernah tak rasa betapa sakitnya dada to pretend that you're happy.

Okay, cerita kat atas tidak ada kena mengena pun dengan apa yang nak story mory hari ni (sekadar mukaddimah). Rasa macam kepala kat bawah dan kaki kat atas bila bercakap pasal tesis. Kadang-kadang rasa dah hampir siap dah. Kadang-kadang rasa macam jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh (nampak tak betapa jauhnya) untuk menggapai kejayaan menyiapkan tesis. Perasaan macam-macam ada. Rasa macam psycho (betol ke idok eja cam gitu) pulak. 

Bila buat method macam ni. Then fikir balik. Tilik-tilik balik. "aishhhh, btol ke dok ni aku buat". Bila tanya SV, dia cakap dah ok. Tapi kenapa saya yang rasa tak ok??? Bila diteliti balik, macam mana saya buat ni? Dari mana benda ni? haaaaaa, tengok... Betapa fuzzy nya rasa hidupku ini. Semakin banyak baca articles, rasa macam-macam.

Bila time duk tengok TV, tiba-tiba idea datang. Pastu, bila nak tulis. Tiba-tiba tak tahu nak tulis apa. Tu antara simpton-simpton lah kan. Hanya yang melalui sahaja yang akan memahami. Kadang-kadang, duk termenung sorang-sorang. Konon nak cari idea ke apalah kan. Tapi last2 mengadap cerita korea. Tengok pulak Chun Jung Myung (melt, I tell U). Ahakssssss...*Ni lah akibat maraton tengok cerita korea 20 episod dalam masa 3hari. Nak cakap pasal tesis tapi terselit jugak pasal Jung Myung (sapa suruh hensem sangat, angau dah)...

Okay, berbalik kepada tesis. Memang betullahkan orang kata. "Bukan senang nak jadi senang". Eh!! betul tak perumpamaan ni??? Lebih kurang macam tu lah. Kadang kita rasa senang tapi susah rupanya. Tapi benda yang susah tu lah yang kita nak pulun cari penyelesaian dia kan. Kalu benda yang dah sah-sah senang dan sah-sah ko petik jari pun boleh selesaikan, buat apa menyusahkan diri nak merumitkan keadaan kan?? Kan?? Kan?? #tak setuju??? #ok fineeeee...

Sebenarnya, tak tau apa motif untuk entry kali ni. Yang pasti memang super duper stress. >.<

K byeeee....

p/s : Moga Allah permudahkan langkah untuk menuju kejayaan. Aamiin.......

Wednesday, January 9, 2013

2nd Conference : SKSM20


Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-20

Pada 18 - 20 Disember 2012 lepas saya attend conference yang bertempat di Palm Garden Hotel, IOI Resort di Putrajaya. Di sinilah tempat untuk berjumpa Mathematicians. Mendengar pendapat dan kajian masing-masing. Seronok bila attend event macam ni. Dapat menguatkan lagi semangat dalam menyiapkan tesis. 

Alhamdulillah conference berjalan dengan lancar. Saya pun present dengan lancar (iyo lettew). Saya present sesi petang pada hari pertama. Quite sedih sebab masa present tak ramai yang ada dalam hall tu. Dalam 4 orang je. Tapi surprisingly, lepas present ada lecturer dari UMT dan UKM. Seriously, masa present saya hanya fokus pada audience yang berada sebelah kanan saya je. Memang tak pandang pun audience sebelah kiri sebab masa saya nak start cakap tu, memang tak ada orang sebelah kiri. So, saya just fokus audience sebelah kanan. Selesai present, lecturer dari UMT sendiri yang bertanyakan soalan. Memang masa tu terkejut sebab memang dari awal fikir sebelah kiri tak ada orang. hehehe. Tapi ok lah, bagi cadangan for my research. 

^__*
Selalunya kalau pergi conference, habis je sesi saya present saya dah tak join seminar tu. Tapi hari tu memang full tiga hari duk kat sana. Cari-cari jugalah tajuk yang berkaitan dengan fuzzy dalam buku abstrak tu. Tapi, tak ramai yang buat pasal fuzzy. Kebanyakan yang buat fuzzy dari UMT. Ramai juga students UMT yang join. Sempatlah snap pics together kat banner SKSM tu kan.

Antara yang present @SKSM20

Antara yang join. 
Kalau pergi seminar tak sah lah kan kalau tak try and comment pasal makanan. Hahahaa.. Ni dia nak tunjuk apa yang kami makan sepanjang join seminar ni.

Sedapppppp!!!

Dessert... Nyummiessssttt

K Byeeeee.....

p/s : Ambil mood nak siapkan Tesis....



Saturday, January 5, 2013

Selamat Tahun Baru ~ 2013

Assalamualaikum....

Selamat Datang 2013...
Selamat Tinggal 2012...                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
Agak terlambat sedikit post entry untuk tahun baru ni. Lupa nak update. hehehe. Terlalu banyak kisah suka, duka, ketawa, menangis, dan macam-macam rasa yang ada. Alhamdulillah Allah memberi peluang untuk melihat dan merasa suasana 2013. Moga tahun baru ini menyuntik semangat yang lebih tinggi lagi dalam menyiapkan tesis. Tak sabar rasanya nak habis belajar. 

Seperti tahun-tahun yang sudah dan seperti orang lain juga saya mempunyai azam. Lebih kepada harapan sebenarnya. Semoga Allah permudahkan semua yang saya hadapi. Tahun ni nak 3 perkara sahaja. Bunyinya macam sikit je kan. Hanya 3 perkara, tetapi untuk menunaikan dan untuk mencapainya agak sukar. Tapi In Shaa Allah, Allah permudahkan.

Nak tau tak apa 3 perkara tu??? hehehe. 3 perkara ni kalau saya capai, bukan sahaja dapat menggembirakan saya malah untuk kedua Ibu Bapa (Ma & Ayah). 

1) Nak habiskan master secepat mungkin (Konvo tahun ni. In Shaa Allah).
2) Nak kerja cepat-cepat (In Shaa Allah)
3) Nak kahwin (sila jangan pengsan. hahaha)... (In Shaa Allah)

Moga Allah permudahkan segala urusan dan moga dimurahkan lagi rezeki. Moga diri ini mendapat redha Allah dalam apa jua yang dilakukan. Moga menjadi lebih baik. In Shaa Allah.

Terlalu banyak kisah sedih pada tahun 2012. Terlalu banyak benda yang menyakitkan. Terlalu banyak benda yang buat saya menangis. Semua itu mematangkan saya dan menguatkan lagi. Tiada manusia yang tiada masalah. Malah, orang lain mungkin mempunyai masalah yang lagi berat dari apa yang saya tanggung. Apa-apa pun yang berlaku dengan izin Allah. Ada hikmah disebalik semunya. 

Selamat tinggal 2012, selamat tinggal kisah sedih, selamat tinggal 'awak' dan 'awak', selamat tinggal kisah yang mengecewakan.

Selamat datang 2013, selamat datang kebahagiaan, selamat datang ........................, apa-apa je lah. Janji Selamat datang 2013. Moga dapat jumpa 'Imamku' pada tahun ni. ahakssssssss.....

K Byeeeeee..........


p/s : May Allah bless.
 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria