Friday, August 31, 2012

Allah Menguji

Allah menguji pelbagai cara....

Untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran, ketabahan, keimanan hambaNya...
Kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan bertawakkal dan redha atas semua yang berlaku...
Setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnya...
Jangan sesekali kita merungut atau mengeluh akan setiap dugaan yang diberi...

Sabarlah Mukminah...
Dirimu diuji kerana Allah menyayangi mu...
Allah ingin mendengar rintihan hatimu...
Allah ingin dirimu tahu bahawasanya Dia sentiasa ada untukmu...
Allah ingin kamu berpegang hanya padaNya...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Apa yang Allah berikan adalah yang terbaik untuk kita...
Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita...
Apa yang penting adalah SABAR...

p/s : Sentiasa mengingat kan diri untuk sabar dan redha... ^__^

Wednesday, August 1, 2012

Trip Pulau Perhentian I

Start tahun lepas, me with my geng ~ Ain dan Pqah ~ buat AGM (Annual Girls Meeting). Kami akan pilih tempat yang best untuk travel. Tahun lepas kami pilih Pulau Pinang, tahun ni kami pilih pulau jugak untuk travel kami. Tapi kali ni betul2 pulau lah... Pulau yang membolehkan kami menyelam (erkkkk)... Menyelamlah sangat kalau snorkelling pun kena tunda oleh 'cikgu'.. opssssss... hahaha...

Day 1

Excited sangat2 nak pergi pulau sebab satu-satunya pulau yang saya pernah pergi ialah Pulau Bidong. Tu pun sebab wajib pergi bagi first year students UMT untuk program 'Survivor Laut'. Memang Survivor lah kalau 3hari kat sana tak mandi. hehehe.. Okay, berbalik pada cerita Pulau Perhentian ni. Plan dengan Pqah nak bangun awal-awal pagilah kan sebab nak ambil bot pukul 8.30. Pastu SMS Ain cakap nak pergi ambil dia pukul 7 pagi. Yang hadoooooo. Plan semua lari. Tak tau nak salahkan siapa.. hahaha.. Bertolak dari rumah dalam pukul 8.30am. Then sampai kat jeti Kuala Besut around 9am. Tup tap tup tap... Selesaikan itu dan ini kat Sunny Travel (coz kami pergi dengan agent). Kul 11am kami dapat naek bot kat jeti and around 11.30am kami sampai sana.

Posing jap kat Sunny Travel Office sambil2 tunggu bot

Jeti Kuala Besut
Untuk first night kami decide stay kat Samudera and pilih bilik yang see view. Niceeeeeeeee.

View dari bilik kami.. Canteeekkk
Kak Na (agen) dah bagitau kami yang snorkelling pukul 2.30pm. So, sampai bilik kami lending2 dulu then makan2 roti. Pastu kami decide nak rent underwater camera. We are lucky sebab tak jauh dari resort kami stay ada buat perkhidmatan rent camera. RM50/Day. Memang berbaloi-baloi sangatlah. Tapi story nya masa nak pergi rent camera tu, ada minah saleh ni. Kami ingatkan dia tourist. She said 'Hi'. Then Pqah just reply "hi". Then she ask, "what are you looking for?". Pqah said "I want to rent underwater camera". Sekali minah saleh tu jawab "Ado". Buat penat je belit-belit lidah speaking London. hahaha. Rupanya dia boleh cakap melayu. Bukan setakat melayu, bahasa Kelantan lagi dia speaking.. hahaha... 

Okay, perut dah lapar... Cari kedai nak makan. Makan roti confirm lah perut saya ni tak kenyang. hehe. Kami decide nak makan kat Samudera Cafe. At first, memang la takut nak tengok harga. Ya lah kan. Orang kata makanan kat pulau ni mahal. So bila tengok je menu. Nasi Goreng Sotong RM7.50 dan air around RM3. Bagi saya yang dah biasa makan makanan kat Terengganu yang mahal. Harga nasi goreng RM7 sepinggan tak ada la mahal sangat. hehehe.

Nasi Goreng Sotong
Sambil-sambil makan call instructor @ boatman untuk snorkelling kami. Dia kata nak mai ambik kami pukul 2pm. tengok jam kat tangan dah pukul 1.45pm. Need to solat dan tukar baju untuk snorkelling lah. Tup tap tup tap. Kul 2.30pm barulah kami bersiap. Tengok-tengok boatman tu dah sampai and siap lending lg atas bot dia dan tunjuk muka cuaaakkk tapi still senyum lagi. Nasib baikkkkk senyum. hehe.. Lepas ambik kami dan beberapa lagi orang lain. Then tibalah masa yang amat2 dinanti. Tak sabar nak terjun nak cari nemo. yuhuuuuuu..

Mula-mula memang excited. Boatman (a.k.a Cikgu) tanya penah snorkelling tak sebelum ni. Dengan bangga saya jawab pernah je, ni my second time. Sekali cecah badan dalam air. Takuuuutttttt sehhhh. Last2, terpaksa lah 'Cikgu' tu tunda kami semua. Best wooo dapat tengok coral yang cantik-cantik. 

Kami  ✿◕ ‿ ◕✿





Coral yang cantekkkkk sangat-sangat


Jumpa 3 ekor Shark.  ^___^ . tapi air quite keruh 

Bagi ikan makan.. Cantekkkkkk sangat2
Ikan-ikan yang cute and comeyyyyy....

Sotong Kurita
At last, jumpa jugak ngan Nemo

Muka Penat  ⊙_☉
Tengah syok snorkelling bagai semua tak terfikir pulak pasal handphone yang ada dalam beg kat atas bot. Siap snorkelling je, tengok beg dah basah lencun. Tengok pulak handphone kat dalam beg. Memang sadis la. Dah penuh air masuk dalam handphone tu. Bukan handphone saya je, handphone Pqah skali jadi mangsa sebab letak dalam beg yang sama. hahaha. Moral of the story, kalau nak pergi snorkelling tu tak payah la susah susah bawak handphone bagai. Sedih wooooo, dah la handphone tu pinjam ngan ayah jew...huhuhu... Nasib baik lah handphone Ain selamat. So, bolehlah lagi kami nak berhubung dengan orang-orang di darat.

Sampai bilik terus mandi dan solat. Then, haruslah cari kedai nak makan. Lapar kut snorkelling. Seriously, walaupun snorkelling dengan perasaan takut, tapi memang best sangat sangat sangat sangat..... Malamnya pula kami just lepak-lepak tepi pantai je. Memang hilang segala stress, pressure, problem semua.

Hasil lepak. Ntah pape ntah... hahaha


To Be Continue............

 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria