Saturday, December 23, 2017

CARA MENCANTIKKAN KULIT & BEBAS JERAWAT

Ramai yang hadapi kulit muka berminyak secara langsung mengundang kepada terhasilnya jerawat. Kulit muka berjerawat pula akan ada masalah parut. Itu yang paling tidak disukai oleh semua orang terutamanya wanita.



Wanita dan kecantikan sangat-sangat sinonim. Ramai yang inginkan kulit yang mulus, licin dan putih. Tahukah anda produk-produk kecantikan di luar sana terdedah dengan bahan kimia yang merbahaya. Jika ada secara alami mengapa perlu pilih jalan bahaya.

Dua langkah mudah yang boleh kita buat adalah melalui penjagaan:
  1. PENJAGAAN DALAMAN 
  2. PENJAGAAN LUARAN
Macam mana nak jaga dalaman dan jugak luaran? Saya nak share apa yang saya lakukan untuk penjagaan dalaman dan luaran. 

Dulu kulit muka saya sangat teruk. Muka berjerawat dan parut disetiap genap kawasan muka. Selalu pergi facial. Kulit muka saya sangat sensitif. Ini kerana dulu saya selalu tukar produk skin care. Tetapi, masa buat facial dulu pernah disarankan untuk menjaga pemakanan. Jadi, penjagaan dalaman juga adalah penting.

Jom lihat, apa PUNCA UTAMA menyebabkan JERAWAT.
  • Hormon - Bila hormon tidak stabil, jerawat mudah tumbuh.
  • Bakteria - Disebabkan oleh persekitaran kita. Sebab itulah kita kena menjaga kebersihan pada wajah ataupun badan kita.
  • Pemakanan - Makanan berminyak boleh menyebabkan kulit kita mudah berminyak, dan pemakanan yang tidak sihat juga memberikan kesan buruk pada kulit. Kawal pemakanan anda.
  • Stress - Stress juga salah satu asbab terjadinya jerawat. Kebiasaannya pada bahagian dahi.
  • Alat solek - Bukanlah memberikan kesan yang teruk tetapi jika kita tidak mencuci kesan alat solek di bahagian kulit kita menyebabkan liang roma tersumbat. Oleh sebab itulah jerawat akan muncul.
  • Matahari - Pendedahan yang lama bawah matahari boleh menyebabkan kulit berminyak. Malah boleh menyebabkan maslah pigmentasi.
  • Pakaian - Pemilihan fabrik pakaian juga amat penting (iaitu yang sesuai dengan kulit) untuk mendapatkan keselesaan. Peluh yang banyak boleh menyebabkan jerawat.
=========================================================================

1) PENJAGAAN DALAMAN

Penjagaan dalaman adalah dengan melalui pemakan yang betul dan seimbang. Bagaimana nak dapatkan pemakanan yang seimbang dan betul? Anda boleh jadualkan pemakanan anda, kurangkan makanan berminyak. 

Apa yang saya lakukan adalah dengan mengambil supplement (makanan tambahan). Supplement apa yang saya ambil? Sudah tentulah Shaklee. Apa yang saya ambil? Okay, ini Set cadangan untuk jerawat.

=====
  ESP
=====
Merupakan sumber protein, dihasilkan daripada kacang soya NON-GMO (tidak diubah secara ginetik). Sangat bagus kerana membantu dalam penghasilan sel-sel yang baru. ESP juga mampu mengatasi alergik.

Saya ambil satu bulan ESP dah nampak perubahan yang ketara. Parut semakin pudar dan jerawat semakin berkurangan.


========================
Vita C Plus Sustained Release
========================

Vit C Shaklee ni sangat berbeza dengan vitamin C lain yang ada dipasaran kerana pelepasannya adalah berperingkat.

1 Biji Vita C bersamaan dengan 7.5 biji oren. Mampu nak telan 7 biji oren sekaligus? Ambil Vita C kan senang. :)

Vita C juga membantu dalam pembentukan kolagen dalam badan. Semua tahukan kepentingan kolagen untuk kulit lebih cantik dan menawan.

Vita C juga mampu mencerahkan kulit.


======
 Vita E
======

Vita E bagus untuk peredaran darah. Bagi kecantikan kulit pula, Vita E sangat bagus untuk mengurangkan dan memudarkan parut.

Pengambilan Vita E juga mampu mengatasi sinaran uv (mengurangkan pigmentasi).


=========
B Complex
=========

B Complex dapat membantu dalam menangani stress. Pengambilan B Complex juga dapat melembapkan kulit.


=========================================================================


2) PENJAGAAN LUARAN

Penjagaan luaran  adalah amat penting. Bagaimana penjagaan lauaran? Penjagaan luaran adalah dengan pemilihan produk penjagaan kulit yang betul. Terdapat bermacam skin care di pasaran yang boleh anda pilih. Tapi pastikan pilih produk penjagaan kulit yang bebas bahan kimia merbahaya.

Pengalam diri Min sendiri, pernah tersalah memilih produk penjagaan kulit yang mana produk tersebut merupakan produk pengelupasan. Bila mula-mula pakai memang kulit putih, licin dan gebu. Tapi itu hanya sementara. Selepas itu kulit naik jerawat penuh satu muka.

Bila pergi ke salon muka dan uji keadaan kulit muka, kulit muka Min dah menipis. Sangat-sangat serik. Selepas itu barulah ada kesedaran.

Shaklee ada mengeluarkan produk penjagaan kulit muka Nutriwhire & Enfuselle. Tapi Nutriwhite diberhentikan pengeluarannya untuk digantikan dengan produk Youth yang mana lebih berkesan.





(i) NORMAL TO DRY 

  1. Hydrating Cleansing Lotion
  2. Hydrating Toner
  3. Hydrating Moisturizer
  4. Eye Treatment

(ii) NORMAL TO OILY

  1. Purifying Cleansing Toner
  2. Purifying Toner
  3. Balancing Moisturizer
  4. Eye Treatment
Itu sahaja cadangan daripada Min. Selamat mencuba tau.

Pilih yang terbaik.


Friday, December 22, 2017

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2018

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu gajikan. Banyak keperluan yang perlu diuruskan. Di sini Min tunjukkan senarai jadual gaji Penjawat Awam bagi Tahun 2018.



GAJI PENJAWAT AWAM 2018


  1. 25 JANUARI 2018 (KHAMIS)
  2. 08 FEBRUARI 2018 (KHAMIS)
  3. 22 MAC 2018 (KHAMIS)
  4. 25 APRIL 2018 (RABU)
  5. 24 MEI 2018 (KHAMIS)
  6. 07 JUN 2018 (KHAMIS)
  7. 25 JULAI 2018 (RABU)
  8. 14 OGOS 2018 (SELASA)
  9. 25 SEPTEMBER 2018 (SELASA)
  10. 25 OKTOBER 2018 (KHAMIS)
  11. 22 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)
  12. 24 DISEMBER 2018 (ISNIN)

RINGKASAN PERBELANJAAN BULANAN YANG PERLU DITITIKBERATKAN KEPADA SEMUA DALAM MENGATUR BELANJAWAN 2018.

21 DIS 2017 - 24 JAN 2018 = 35 HARI
25 JAN 2018 - 07 FEB 2018 = 14 HARI
08 FEB 2018 - 21 MAC 2018 = 42 HARI
22 MAC 2018 - 24 APRIL 2018 = 34 HARI
25 APRIL 2018 - 23 MEI 2018 = 29 HARI
24 MEI 2018 - 06 JUN 2018 = 14 HARI
07 JUN 2018 - 24 JULAI 2018 = 48 HARI
25 JULAI 2018  - 13 OGOS 2018 = 20 HARI
14 OGOS 2018 - 24 SEPT 2018 = 42 HARI
25 SEPT 2018 - 24 OKT 2018 = 30 HARI
25 OKT 2018 - 21 NOV 2018 = 28 HARI
22 NOV 2018 - 23 DIS 2018 = 33 HARI

Bulan Februari merupakan Tahun Baru China.

Bulan Jun Aidilfitri dan Ogos Aidiladha, waktu ini sangat-sangat kritikal yang mana memerlukan perbelanjaan yang besar. Jadi, rancang perbelanjaan anda sekeluarga dengan bijak.

Semoga bermanfaat. Ohhh ya, jangan lupa belanjakan juga duit gaji untuk beli supplement sihat. Tentunya SHAKLEE pilihan terbaik. Jika berminat boleh terus whatsapp ya. Juga jangan lupa sedekah & zakat ya.


Thursday, May 18, 2017

JANGAN MINUM SOYA?

Assalamualaikum & Selamat pagi.

Hari ni nak kongsi berkaitan dengan kebaikan soya. Ramai sangat yang bertanya betul ke minum soya semasa hamil menyebabkan anak kena akzema/alegik. Betul ke soya ni tak elok. Betul ke soya ni begini dan soya ni begitu. Haaaa, semua salah soya. hihihi.

Okay, Min petik daripada Nutritionist ya, Elizabeth Somer, MA, RD 

"Selain protein yang berkualiti tinggi, soya juga merupakan sumber folat, zat besi, kalsium, zink dan mineral yang dikesan, Kacang soya juga kaya dengan serat, dan merupakan sumber omega-3 asid lemak."

Jadi, daripada kandungan nutrisi yang ada dalam soya, soya merupakan pilihan semulajadi yang bagus untuk ibu mengandung.

Tapi ada orang kata tak elok ambik soya??? Okay, semuanya senang. Kalau ambil sesuatu pemakanan, tak kiralah apa-apa saja jenis makanan, kalau diambil secara berlebihan akan ada kesan mudaratnya. 

"Semasa mengandung, satu hingga dua hidangan soya setiap hari adalah baik," kata Elizabeth Somer, yang menyatakan bahawa hidangan adalah setengah cawan tauhu atau secawan susu kacang soya. 

"Penapaian membantu meneutralkan asid phytic dalam soya, menjadikan nutrien lebih mudah untuk badan untuk menyerap," kata Jonny Bowden, Ph.D., C.N.S.

Jadi, apa yang penting di sini adalah cara pemprosesan soya dan kualiti soya yang digunakan. Kebanyakan soya di pasaran diproses menggunakan alkohol yang boleh menghilangkan manfaat soya itu sendiri.

Pemilihan soya GMO & NON-GMO juga amat penting. GMO (Genetically Modified)-diubah secara genetik. Menurut kajian yang dijalankan di Russian Academy of Sciences and the National Association untuk Gene Security dan dinamakan pada Huffington Post, kacang soya GMO boleh dikaitkan dengan kematian bayi dan ketidakupayaan untuk hamil. Dalam satu kajian dua tahun hamsters, ahli biologi Alexey V. Surov dan rakan-rakan mendapati bahawa selepas tiga generasi, sebahagian besar daripada hamsters yang memakan GMO soya hilang keupayaan untuk membiak. Terdapat juga kadar kematian bayi yang lebih tinggi di kalangan pups hamster dalam kumpulan makan soya GMO. Menurut laman web ProQuest itu, penggabungan gen menjadi tumbuhan tidak sengaja boleh membuat alergen baru atau menolak reaksi alergi pada orang yang sangat sensitif.

Jadi, apa yang digembar gemburkan dengan soya tidak baik adalah disebabkan sumber soya tersebut daripada soya GMO. Jadi penting bagi kita untuk memilih soya NON-GMO untuk mendapatkan manfaat daripada soya tersebut.

Setelah diteliti

Oleh itu, pentingnya pemilihan soya NON-GMO. Soya banyak kebaikannya jika soya yang dipilih itu adalah soya NON-GMO dan proses soya pula menggunakan air bukan alkohol, maka soya itu daripada sumber soya terbaik.

Di sini Min letakkan beberapa kebaikan soya
  • Soya tinggi dengan kandungan protein dan kaya dengan mineral dan nutrein seperti magnesium, kalium, sodium, iron, fosforus serta vitamin A, B, C dan D. Soya mengandungi kandungan rendah lemak dan soya juga merupakan sumber tenaga.
  • Soya baik untuk kesihatan jantung.
  • Protein yang terkandung dalam soya membantu dalam merendahkan paras kolestrol.
  • Soya mengandungi Asid Amino yang digunakan oleh badan kita untuk membaiki sel-sel dan tisu badan yang telah rosak kepada sel dan tisu yang baru.
  • Bagus bagi mereka yang ingin diet kerana pengambilan soya akan memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.
  • Pengambilan soya yang berterusan membantu dalam mengatasi risiko penyakit jantung, kanser, dan kencing manis.
  • Soya juga bagus dalam memulihara kesihatan rahim-pengambilan soya semasa hamil mampu menguatkan rahim.
Yang di atas tu adalah antara kebaikan soya. Banyak lagi sebenarnya kebaikan soya. Jadi, soya tu tak bersalah. Cuma pemilihan soya adalah penting.

Kriteria Pemilihan Sumber Soya

  1. Kacang soya tu mestilah NON-GMO (tak diubah secara genetik).
  2. Pemprosesan soya sebaiknya tanpa pemanasan.
  3. Soya tersebut mestilah ditambah dengan kalsium untuk meneutralkan asid yang terkandung di dalam soya tersebut.
  4. Dalam pemprosesan soya juga mestilah menggunakan air bukan dengan alkohol.
  5. Soya tersebut mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh badan.
Min ada soya yang terbaik untuk awak-awak semua. Min dah ambil Isolate Soy ni dah lebih tiga tahun. Mula-mula ambil untuk nak atasi masalah mudah letih. Tetapi kebaikan yang Min dapat lebih daripada tu.

Bayangkan dulu selalu alergik, naik gatal-gatal. Boleh dikatankan setiap bulan menjadi tetamu setia Doktor kat klinik. Dulu muka Min pun ada masalah jerawat disebabkan oleh salah ambik produk kecantikan. Tapi lepas konsisten amalkan ESP ni, semua masalah tu dapat di atasi. Masalah gastrik pun makin pulih. Alhamdulillah dengan izin Allah. ESP ni ape? Jom berkenalan.




Haaaaa, best tau dengan ESP ni. Wajib breakfast dengan ESP ni. Sangat-sangat berkesan. Kalau nak cuba whatsapp terus Min okaihhhhh. InsyaAllah fast reply.

Thursday, March 16, 2017

MASIH SETIA DENGAN SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM SEMUAAAA....

Sebenarnya lama sudah tak menjenguk blog sendiri. Pada yang masih singgah, Min still lagi setia dengan Shaklee. Order still masuk. Kebanyakan Min post menggunakan FB dan Instagram je. Tetapi pada yang sudi, selalulah jenguk-jenguk blog ni ya. Selepas ni akan aktif balik. InsyaAllah. 

Min masih sayangkan Shaklee. KENAPA???
Sebab Shaklee sangat serasi dengan Min. Lagipun Min memnag mencari produk yang 100% natural. So, Shaklee lah jawapannya.

Sebab lain, Shaklee ni ada landmark study dia tersendiri yang mana syarikat supplement lain tak sediakan. Oleh kerana Min ni daripada saluran ataupun orang cakap area research, kami dalam bidang research hanya percayakan kepada perkara yang benar source nyaaa. So, untuk membuktikan keberkesanan sesuatu ujukaji adalah melalui landmark study.

Jadi, jangan salah memilih produk ya kawan-kawan. 


Okayyyyyy.  

see you all again.
Right here.
Next time.

Sambung kerja hakiki.


 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria