Thursday, May 23, 2013

Perjalanan Ini

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Seorang lagi kawan VIVA Ahad lepas. Melihat orang lain sudah menghampiri kejayaan membuatkan semangat dalam diri berkobar-kobar. Walaupun kadang-kadang rasa down sangat bila 2,3 orang kawan yang sama batch dah hantar draft. Seperti Isnin lepas, seriously down. Lepas solat zohor terus balik rumah sewa dan tidur. Then bila bangun balik barulah rasa refresh. Semangat untuk menyiapkan tesis kembali segar. Alhamdulillah, ada banyak progress walaupun rasa masih jauh. Moga Allah memudahkan perjalanan ini. 


Perjalanan ni mungkin sukar, tapi tak mustahil untuk mencapinya selagi ada daya usaha, doa dan tawakkal kepada Allah. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang paling terbaik untuk kita. Apa-apa pun, moga dapat menghantar tesis sebelum bulan 9. InsyaAllah, moga dipermudahkan. Usaha pun kenalah berlipat kali ganda. Alhamdulillah, 1,2 minggu ni semangat lain macam. Mungkin bila melihat orang lain sudah menyiapkan tesis dan ada yang sudah VIVA walaupun bukan satu batch tapi semngat untuk mengikut jejak mereka amat kuat.

Lagi pula my mom telefon bagi semangat suruh habiskan belajar secepat mungkin. Ingin merasa gaji anak perempuan katanya. InsyaAllah, moga segala urusan tahun ini dipermudahkan. Dalam perbualan tu terselit jugaklah pasal jodoh. My mom kata, my dad tanya bilalah anak perempuan dia yang sorang ni nak kahwin. Tak sabar nak menantu lelaki lah tuuuuu. Hihihihi. Sabar ya Ayah, anakmu ini ingin mencapai segulung Master dulu. Jodoh itu rahsia Allah, sampai sekarang pun bakal imam tak datang. #jalan kaki kut, tu yang lambat sampai# hehehehe. 

Dalam sibuk duk pulun siapkan tesis, otak masih ligat merancang nak pergi bercuti. Dalam perancangan nak pergi Sarawak. Melawat kawan baik di sana, Cik Ma comel sambil jalan-jalan kat sana. Moga tercapailah angan-angan ingin bercuti ni. Angan-angan nak pergi Singapore tak tercapai lagi ni. Hihihi. 

Apa yang paling penting, perancangan untuk siapkan tesis.Perjalanan yang sukar dan pahit untuk ditempuh tetapi manis bila dapat dicapai. Nasihat seorang pensyarah suatu ketika dulu terngiang-ngiang dalam kepala, 'Jika orang lain boleh, kita pun boleh mencapainya'. Dalam diri kita memang memerlukan motivasi. Paling penting self motivation. Saya sendiri selalu bercakap dengan diri sendiri. Positive thinking is very important to be success. 

Apa pun, esok balik kampung. Sangat-sangat tidak sabar untuk balik walaupun baru je dua minggu datang sini. Balik nak refresh otak yang tengah bercelaru. Bercuti sebab nak pergi kenduri kawan-kawan kahwin. Diri sendiri masih menjadi rahsia Allah. :) Alhamdulillah, kisah sedih itu semakin hilang dan semakin dilupakan. Hati makin tenang. Pilihan Allah adalah yang terbaik, InsyaAllah, Aamiin. 

Jangan lupa doakan saya ya kawan-kawan.

k byeeeeeeeeeeeeee....

p/s : Fikir yang baik-baik, InsyaAllah yang datang pun baik-baik.... :)

 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria