Wednesday, January 8, 2014

SELAMAT DATANG 2014

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, dah masuk tahun baru. Lama tak menjenguk blog kerana kesibukan menyiapkan tesis dan tak ada idea nak tulis citer apa kat sini sebab idea lebih digunakan untuk tesis (yo yo ooooo je). Alhamdulillah hampir siap. Moga dipermudahkan segala urusan.

*Image credit to mr. google
Suka dan duka sepanjang tahun 2013 dijadikan sebagai kenangan dan pengajaran. 2013 yang penuh dengan dugaan dan air mata. InsyaAllah, Allah akan menggantikan kedukaan dengan kegembiraan. Suka, duka, jerit, perih yang dilalui dengan adanya Allah disisi. Semua kesukaran menjadi mudah. Alhamdulillah ya Allah atas semua kurniaan nikmat Mu. 

Seperti biasa, setiap kali tahun baru pasti ada azam baru. Actually azam ni tahun lepas lagi. Tapi masih tak ada rezeki. 3 azam tahun lepas tak terlaksana. InsyaAllah tahun ni tambah satu lagi azam. Moga 4 azam tahun ni tercapai. Semuanya dengan kehendak Allah dan perancangan daripada Allah.

InsyaAllah moga Allah memberi dan mempermudahkan rezeki itu. Yang penting sentiasa happy and senyum sokmo. Sebab nak maintain awet muda. hahaha....

Okay, dah habis membebel. Nak sambung buat kerja. 

P/S: Semoga diri lebih mendekati Allah. :)

 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria