Sunday, December 30, 2012

Celaru + Keliru = Fuzzy


Assalamualaikum

Selamat Petang

Salam sejahtera

Interest rate!!!! Please be nice to me laaaaa.... Ohhh!!! idea, please come to me. Seriously, I'm stuck. Dua malam tak boleh tidur. Datang Kampus dengan harapan dapat idea dan teruskan semua kerja yang terbengkalai dek kerana bercuti panjang. Tapi harapan tinggal harapan. huhuhu

Ho ho ho Horliks. Kenapa pula masuk bab horliks ni???

Dah cukup Mukminah melalut tu. Sambung study balik. Jangan duk sibuk nak stalk FB orang. opppssssss. Okay, nak sambung buat kerja balik dah. Harap-harap dapatlah figure something. In Shaa Allah. Aamiin.
^__^

Tahniah 'awak', moga berbahagia dan kekal till jannah. 

K byeeeeee....

p/s : Hanya Allah tahu...






Wednesday, December 26, 2012

WEDDING : My Lovely Cousin


Majlis Akad Nikah : 14 Disember 2012 (9pm)

Majlis Sanding        : 15 Disember 2012 (3pm)

Tahniah my lovely cousin. Sepupu yang paling rapat. Dialah kakak, sepupu dan teman baik. Dulu-dulu, masa kami masih muda (eh, sudah tuakah???) kalau jumpa, kami selalu lepak atas katil dan masing-masing bercerita pasal diri masing-masing. Pasal cinta monyet lah yang paling kerap. opsssss. ye la, oleh sebab beza umur kami (dia 2thn lebih tua) tu, membuatkan kami jarang berbincang pasal pelajaran (hehe)... Lagi pula masing-masing tak sama bidang. Bila dah dewasa ni, jarang sangat berjumpa. contact dalam FB je. Nasib baiklah zaman canggih ni ada FB kannnn. Rindu nak lepak-lepak atas katil macam dulu-dulu. Sekarang lagilah tak boleh. My lovely cousin (Kak Ngoh) dah bergelar isteri orang.

Masa malam akad nikah, boleh pula Kak Ngoh ni baru nak iron baju pengantin. Mak Andam dah sampai. Siap tunggu 30minit nak make up dia. Rupanya perangai lama tak hilang lagi. hahaha. Lepas je make up dia terus pakai kaca mata dia (sebab dia rabun). 

Saya : Ngoh, apsal tak buang spek tu. Pakai la lens.
K. Ngoh : tak leh pakai lens la, fobia.
Saya : woitttt, tokey kedai spek pon fobia pkai lens ke???? aiyaaaaaa...
K. Ngah : hahahaha (gelak sakan)

***Perbualan adalah dalam bahasa Kelantan, harap maklum***

Malam tu, maka sah la Kak Ngoh sebagai isteri kepada Abang Ngoh (En. Syukri). Moga Abang Ngoh dapat membahagiakan Kak Ngoh  dan kekal sampai syurga. In Shaa Allah. Aamiin.


Bride

Tahniah!!!

Ambik berkat :)


Persoalannya, yang kat sebelah tu. Bila lagi???? Jawapannya, bila Allah kata "Kun faya kun"... ^__^

Perbualan terakhir pada hari kenduri:

Me : Bye Ngoh, balik dulu. Tahniah sekali lagi. Moga bahagia till Jannah
Kak Ngoh : Tq. Doa banyak ya. Bahagia pasti bersamamu. Mek (panggilan ahli keluarga kepada saya) baik, someone better for u.
Me : In Shaa Allah, tahun depan nak kawen (sempat lagi nak bergurau, sambil gelak sakan).
Kak Ngoh : Allah Maha Mendengar. Dia sentiasa ada ngan kita. Kita sedih, suka, duka semua Allah tahu. Kak Ngoh pun paham perasaan mek sekarang sebab Kak Ngoh pun penah lalui. Banyak-banyak berdoa ya. 
Cik Ma : Ajak Ma pergi mekah tahun depan. Mintak doa depan Kaabah.
Me : In Shaa Allah Cik Ma kalau ada rezeki.

#terharu my lovely cousin bagi nasihat macam tu. Dia teramat memahami. Thanks a lot Ngoh. Will miss U.

p/s : Moga berbahagia dan kekal sehingga syurga. Aamiin.

 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria