Tuesday, January 15, 2013

Tesis

Assalamualaikum....

Pernah tak rasa bila mana kita harus menidakkan perasaan kita. Kita ketawa dan senyum, tapi dalam hati kita menangis. Pernah tak rasa betapa sakitnya dada to pretend that you're happy.

Okay, cerita kat atas tidak ada kena mengena pun dengan apa yang nak story mory hari ni (sekadar mukaddimah). Rasa macam kepala kat bawah dan kaki kat atas bila bercakap pasal tesis. Kadang-kadang rasa dah hampir siap dah. Kadang-kadang rasa macam jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh (nampak tak betapa jauhnya) untuk menggapai kejayaan menyiapkan tesis. Perasaan macam-macam ada. Rasa macam psycho (betol ke idok eja cam gitu) pulak. 

Bila buat method macam ni. Then fikir balik. Tilik-tilik balik. "aishhhh, btol ke dok ni aku buat". Bila tanya SV, dia cakap dah ok. Tapi kenapa saya yang rasa tak ok??? Bila diteliti balik, macam mana saya buat ni? Dari mana benda ni? haaaaaa, tengok... Betapa fuzzy nya rasa hidupku ini. Semakin banyak baca articles, rasa macam-macam.

Bila time duk tengok TV, tiba-tiba idea datang. Pastu, bila nak tulis. Tiba-tiba tak tahu nak tulis apa. Tu antara simpton-simpton lah kan. Hanya yang melalui sahaja yang akan memahami. Kadang-kadang, duk termenung sorang-sorang. Konon nak cari idea ke apalah kan. Tapi last2 mengadap cerita korea. Tengok pulak Chun Jung Myung (melt, I tell U). Ahakssssss...*Ni lah akibat maraton tengok cerita korea 20 episod dalam masa 3hari. Nak cakap pasal tesis tapi terselit jugak pasal Jung Myung (sapa suruh hensem sangat, angau dah)...

Okay, berbalik kepada tesis. Memang betullahkan orang kata. "Bukan senang nak jadi senang". Eh!! betul tak perumpamaan ni??? Lebih kurang macam tu lah. Kadang kita rasa senang tapi susah rupanya. Tapi benda yang susah tu lah yang kita nak pulun cari penyelesaian dia kan. Kalu benda yang dah sah-sah senang dan sah-sah ko petik jari pun boleh selesaikan, buat apa menyusahkan diri nak merumitkan keadaan kan?? Kan?? Kan?? #tak setuju??? #ok fineeeee...

Sebenarnya, tak tau apa motif untuk entry kali ni. Yang pasti memang super duper stress. >.<

K byeeee....

p/s : Moga Allah permudahkan langkah untuk menuju kejayaan. Aamiin.......

1 comment:

  1. hmm,when stress,reminds yourself the reason why you choose this path of all. Hopefully U'll get to finish it soon!~ wohoo

    ReplyDelete

 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria