Wednesday, January 26, 2011

Kehidupan

Semalam, semasa dalam kereta. Aku, my dad n my mum. Tiba2 je ayah aku pesan.

"Masa muda ni lah nak cari harta. Nak cari kekayaan. Bukan untuk menunjuk2. Tapi untuk diri kita sendiri. Orang tak nak kawan dengan kita tak apa. Janji kita ada hidup kita sendiri. Kita boleh berpijak di atas kaki kita sendiri. Orang hina kita kalau kita miskin. Orang akan pandang kita rendah bila kita tak berduit. Walaupun saudara kita sendiri. Jadi, carilah harta n kekayaan."

"Apa yang penting, jangan tinggal sembahyang. Selalu ingat Allah. Rezeki hanya datang dari Dia. Kita tak boleh selamanya mengharapkan orang lain. Kalau kita kaya. Jangan pandang rendah pada orang lain."

Aku akan ingat pesan ni sampai bila2. Memang kita dihina kalau kita miskin. Walaupun saudara sendiri pun akan pandang rendah bila kita miskin. Aku dah merasai semua 2. Ayah aku bercakap melalui pengalaman hidup dia. Dia sudah byk kali dihina. Tp, miskin harta tak apa. Jangan miskin peribadi.

Sesungguhnya harta kekayaan tu datang dari Allah. Kalu Dia nak bagi. Sekelip mata saja. Kalau Dia nak ambil balik pun sekelip mata atau lebih pantas dari itu lagi. So, jangan lah kita terlalu alpa dengan harta dunia yang pastinya kita akan tinggalkan. Yang pasti, akhirat kelak. Apakah bekalan kita cukup??? Cukupkah???

Fikir-fikirkanlah wahai manusia di luar sana. Cukuplah menghina atau memandang rendah.

2 comments:

 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria