Tuesday, March 6, 2012

In Progress

Pagi-pagi lagi dah ketaq lutut sebab hampir-hampir terbabas masa drive datang kampus tadi. Lagi sadis tempat tu dekat dengan tempat yang saya pernah accident dulu. huhuhu. Inilah akibatnya kalau drive tapi dalam kepala fikir macam-macam.  Tapi Alhamdullillah, kali ni Allah melindungi saya. Tapi sampai je kampus, hold on dulu dalam kereta sebab lutut terketar-ketar sampai tak boleh nak jalan. -_-. Tu cerita pagi tadi, yang petang semalam pula. Saya nak keluar dari parking, toleh belakang. Memang dah tak ada apa-apa. Then, masukan gear reverse. Hati terdetik nak tengok side mirror. Wahhhh, terkejut biawak bila tengok ada sorang student perempuan ni duduk mencangkung belakang kereta saya. Tak tahu lah masalah apa dia duduk belakang tu. Dah la kereta saya tak ada bunyi kalau gear reverse. Nasib baik la tertengok side mirror. Kalau tak, tak pasal-pasal langgar anak orang. Alhamdulillah, Allah masih melindungi. ^_^.

p/s untuk adik-adik students kat UMT. Kalau ya pun, janganlah duk belakang kereta sambil mencangkung, seriously pemandu tak akan nampak anda. Dan satu lagi masa melintas jalan agak-agak la, jangan main lintas jalan macam tu je. Tengok dulu kiri kanan, then jangan la melintas jalan n berjalan terkedek-kedek macam orang tak makan nasi. Jangan nak menyusahkan orang lain. Nanti tak pasal-pasal orang lain kena tanggung di atas kesalahan anda.
................................................................................................

Okay, tak ada kaitan cerita kat atas tu dengan tajuk entry tu. Ni baru nak start pasal in progress. Tak ada benda lain lah kan kalau in progress. Haruslah pasal my research. hehehe. Minggu ni start la minggu busy. Sebab minggu ni start mengajar balik. Kalau dulu mengajar students tahun satu, semester ni saya mengajar students tahun dua. Agak cuak lah jugak. Ya lah, students tahun dua ni dah besar kepala sikit. Dah besarlah katakan. Tapi hopefully semua students okay dan mudah faham. InsyaAllah. Semester ni mengajar under Dr. Fatah, my own supervisor. So senanglah lepas ni. Sambil-sambil jumpa bincang pasal tutorial untuk students, bincang sekali saya punya research. ^__^

Awal-awal pagi lagi Dr. Fatah dah call bagitahu pasal kelas tutorial akan start minggu ni. Hari khamis, pukul 2 petang sampai 5 petang. Terpaksalah tukar plan untuk balik kampung minggu ni. huhu. Baru je plan nak balik khamis tengah hari. Never mind, after class terus saya drive balik kampung. Dah lama tak menjenguk kampung halaman yang tercinta. :))

Ingatkan masuk bilik Dr. Fatah just nak bincang pasal kelas tutorial untuk students je. Sekali Dr. Fatah tanya, "Macam mana projek awak, ok tak. Dah boleh guna MATLAB". Tanya dengan muka serious U. Takut pulak rasa tadi. Tapi lepas tu Dr. Fatah senyum. Lega sikit. hehehe. Saya jawab " In progress Dr.". Tu jelah jawapan yang boleh dijawab. Dan pasal MATLAB tu memang saya tak boleh nak kuasai lagi. Dan Dr. Fatah cadangkan guna MAPLE. Okay Dr. I will. ^__^

Setakat ni, baru saya faham apa tentang tesis saya. Hope lepas ni banyak lagi dapat idea untuk buat paper. Banyak conference yang in list ni. Nampak gayanya, memang kena tolak ke tepi semua masalah, semua benda-benda yang melalaikan, novel segala bagai semua dah kena stop sekejap. Tahun ni memang tahun untuk fokus hanya pada tesis. Okay fine, I will.

Ambil feel and mood nak study. ^_^

p/s : Allah is always beside me and always hear me. ^_^

No comments:

Post a Comment

 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria