Tuesday, February 15, 2011

Standing on our own feet

~~~Bila resah, ingat saat indah~~~

Sebaris lagu Anuar Zain ni boleh dijadikan teman saat sedih. Hari ni rasa kosong, sedih, alone. Macam-macam perasaan datang. Mungkin banyak sangat fikir. Tapi boleh terima tak kalau aku kata. Teman saat senang ramai. Tapi teman saat susah??? Kenapa time susah kita akan rasa kosong. Empty......

Tak semua orang memahami kita. Dan untuk mencari orang yang betul-betul memahami kita teramatlah susah. Walaubagaimana rapat pun sahabat kita, belum tentu dia memahami kita. Memahami kehendak, kemahuan, cita-cita, impian, keadaan dan sebagainya.

Apa yang kita lalui, orang lain tidak akan merasai selagi dia tidak melalui jalan yang sama dengan kita. Walaupun dia melalui jalan yang sama dengan kita, belum tentu dia merasai benda yang sama. Jadi, kita tidak boleh memaksa orang memahami kehendak kita. Cukuplah hanya kita yang memahami diri kita sendiri. Jangan sesekali kita putus asa dengan kata-kata manusia yang hanya tahu menilai dari luaran sahaja.

"Hei, tanam anggur ke sekarang. Dah boleh makan ke hasilnya?"
"Kau buat ape je kat rumah? xboring ke?"

Itulah antara ayat-ayat dan kata-kata yang sudah lali aku dengar dan amat menusuk hati. Tetapi, bagi aku tak payahlah nak ambil kisah sangat dengan kata-kata mereka yang sentiasa nk mengadili kita. mereka hanya tahu menilai dari luaran. Biarlah kata-kata itu aku anggap seperti angin yang berlalu. Kerana aku yakin rezeki itu ditangan Allah SWT. Hanya dia yang memberi rezeki kepada hambaNya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa, dan seterusnya bertawakkal kepadaNya.

Mungkin masih belum rezeki aku. Aku sabar menanti dan menanti. Memang kebanyakan kawan-kawan tidak memahami. Tetapi tidak mengapa. Aku tidak mengharapkan pemahaman mereka. Sungguhpun mereka tidak ada di sisi semasa kesusahan ini pun tidak aku kesali. Yang pasti, Allah sentiasa bersama aku. Allah sentiasa mendengar luahan hati aku. Sentiasa mendengar doa aku. Aku bersyukur atas segalanya.

Orang yang paling rapat juga tidak memahami. Juga aku tidak kisah. As long as I've Allah beside me. Betullah sesetengah oarang berkata " Silent is better ". Ya, aku lebih selesa berada dalam keadaan itu sekarang, SILENT. Kadang-kadang ada jugak kawan-kawan bertanya. "Apsal senyap jew sekarang?". Just said nothing because I want to be silent right now. Just be ourself.

Memang sekarang aku hanya mampu Stand on my own feet. Tidak mengharapkan pertolongan orang lain. Aku berdoa, semoga Allah mempercepatkan rezeki aku untuk mendapat kerja. Dan aku berharap, aku dapat menyambung pelajaran ke peringkat master setelah mendapat kerja kelak. InsyaAllah... May Allah Bless me. Amin ya rabbal alamin.....


(*____^)




2 comments:

 

All rights reserved to Health & Beauty is Priority © | Design by !Aini Zakaria